Entry hari ni aku nak share pasal experience aku lah konon nyerr..hahaha
Yaaa.. this entry is fully about IPG !
So, straight cerita laa k.
Permohonan untuk sesi pengajian IPG 2015 dibuka sebelum keputusan SPM diumumkan
kan kan kan ?
So, aku dah apply awal-awal lagi tapi belum sahkan permohonan sebab keputusan takde lagi masa tu.
Aku sahkan masa betul-betul tarikh tutup permohonan. Itupun nasib ada kawan yang ingatkan.
Aku ni memang jenis pelupa .. hahaha
Tapi tarikh tutup tu kena extend sehari lagi. Kira aku selamat dah lah :)
Tunggu punya tunggu punya tunggu...
Keputusan calon yang layak ke Ujian Kelayakan Calon Guru(UKCG) pon keluar..(aku tak ingat tarikh bila..hehehe)
Cek cek .. alhamdulillah dapat ! yeayy !
Group wassap busy semua nak tanya "wehh , kau dapat?" hahaha
Alhamdulillah sekali lagi aku bersyukur laa sebab ada juga kawan aku yang dapat UKCG sama tarikh dengan aku. Even sorang jer. Takde laa nanti aku becakap dengan dinding,batu,pokok kan ?
30 Mac 2015
Tarikh ukcg aku. Aku datang awal sebelum pukul 7 lagi walaupun pendaftaran pukul 8.
Selesai mendaftar (tanda tangan jerr ) kami diarahkan masuk dewan. Yeayy tempat duduk aku dengan kawan aku dekat jer ! Ujian start on 8.30 sampai pukul 9.15. Malas nak tulis lebih-lebih. Baca ni.
Keluar dari dewan kami terus pegi gym IPG untuk Ujian Kecergasan Fizikal (UKF) pula.
Part ni emmm.. just one word. PENAAAAT !!! XD
Sesape tak biasa bersenam macam aku confirm sakit kaki seminggu. hahaha
Ujian dia ada 5 station :
- ukur tinggi & berat badan ( time ni laa aku sedar aku overweight lol )
- bangkit tubi bervariasi - 5 peringkat (aku dapat sampai 4 jer)
- kilas sisi (yang ni aku asyik kena marah sebab gerak perlahan sangat )
- lompat kuadran (markah aku 12/15 - sederhana)
-bleep test ( aku paling fail part ni TnT )
Hanya disebabkan bleep test aku tak yakin aku dapat temuduga. lol
Aku dah pasang niat tak nak cek result temuduga. Tapi aku cek juga hahahaha
And tadaaaa! Alhamdulillah ! Aku layak.
27 April 2015
Tarikh temuduga aku. Macam biasa aku datang awal. Tapi masa tu pun memang ramai yang dah sampai.
Bezanya kali ni aku takde kawan. So aku tunggu je lah sampai masa pendaftaran. Bukan tak nak cari kawan baru. Cuma aku lebih selesa diam-diam.hehehe
Lepas mendaftar kami semua masuk dalam library untuk taklimat.
Aku sesi 2 Bilik B . Bilik ni untuk calon bidang Sains dan Math.
8 orang ditemuduga sekaligus untuk satu sesi.
Sementara menunggu sesi aku pukul 11 pagi, aku pon tak nak buang masa jadi aku baca lah Diagnosis2(best buku ni..sila dapatkan dipasaran ..hehehe)
Tepat 11 pagi sesi aku start. Mula-mula tu neves juga tapi lepas je masuk bilik tu tak neves sangat.
For intro tak panjang, interviewer tu just tanya 'asal mana?'
Hasil daripada pengamatan aku (cehh) semua yang satu sesi dengan aku 19 tahun. Aku jer 18 tahun itupun tak official lagi hahahaha
Lepas tu sama laa macam blog2 lain yang korang baca kami diarah untuk menonton satu video.
Group aku dapat video ni. Sesi 1 bilik B (group sebelum aku) dapat video lagu Kami Guru Malaysia.
Tapi seriously semua soalan tak ada kena mengena dengan sains dan matematik hahaha
Ohhyaa ! Dia ada tanya pasal menteri-menteri, bilangan IPG dekat Malaysia dan Sabah.
Soalan-soalan lain lebih kurang macam soalan KBAT SPM "Pada pendapat anda apakah cara untuk menangani masalah disiplin?"
Lebih kurang macam tu lah. Tapiiiii...
Cara penyampaian tu pon penting juga okeyy. Sila guna bahasa baku. Jangan pula guna bahasa pasar.
Rasanya tu je kot tips tak seberapa dari aku. Nak cakap lebih-lebih tak boleh jugak.
Sebab ni first interview aku pegi..hehehe
So do the best and prepare for the worst.
p/s: alhamdulillah aku lulus interview. tapi aku tak masuk ipg atas sebab-sebab tertentu hewhewhew
Nk tnye skit,bleep test awak smpai lvel brape?
ReplyDeletesy mampu smpai level 3 je out of 10
Delete